Mohon berikan perkataan Bahasa Melayu bagi 'Medically Compromised Patient'. Saya sudah semak pesakit berkompromi perubatan. Soalannya bolehkah saya dapatkan terjemahan yang lebih berbahasa Melayu baku tanpa perkataan kompromi? Sekian, terima kasih | Dalam data kami, perkataan yang sinonim dengan kompromi ialah penyelesaian, persetujuan, persepakatan dan tolak ansur. Kami mencadangkan puan boleh menggunakan penyelesaian bagi maksud kompromi, pesakit penyelesaian perubatan. | Istilah | 13.11.2013 |
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul. | 1. Rostrum 2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |