Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kom.pu.ter] | برکومڤوتر

Definisi : yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkomputer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Boleh tuan beri penerangan mudah kepada saya mengenai : Soalan : Apa itu korpus berkomputer dan konkordans ?Korpus berkomputer ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll) yang menggunakan komputer.  Konkordans ialah senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yang menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yang berkenaan.Makna26.12.2011
Salam sejahtera Tuan, Boleh saya tanya mana satu yang berikut betul dan apakah sebabnya? 1a. Polis berhak untuk mengambil tindakan. 1b. Polis berhak mengambil tindakan. 2a. Budak itu bermain dengan permainan berkomputer. 2b. Budak itu bermain permainan berkomputer. Mohon Tuan memberikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kata sendi "untuk" digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama.

Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang bermaksud bersama-sama atau beserta, membawa maksud cara sesuatu dilakukan, membawa maksud memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa.

Oleh itu ayat yang betul ialah, "Polis berhak mengambil tindakan." dan " Budak itu bemain permainan komputer".

Tatabahasa01.05.2013
saya memerlukan maklumat berkaitan korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasaMohon agar saudara menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP berkaitan perkara ini.Lain-lain26.07.2007
Saya ingin membuat kajian berkaitan dengan data korpus berkomputer, setakat ini masih belum mempunyai perkataan yang sesuai untuk dijadikan kajian. Saya minta tuan cadangkan perkataan yang sesuai untuk dibuat kajian korpus pada peringkat Sarjana Pendidikan Bahasa MelayuSdr. boleh menghubungi Puan Aminah Awang Besar Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, di talian 03-21418423 atau e-mel: aminah1@dbp.gov.myLain-lain19.08.2008
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan " Puspakom". Yang mana satukah yang betul dari segi ejaannya. "Puspakom" atau "PUSPAKOM"? Harap pihak DBP boleh berikan penerangan. Terima kasih.PUSPAKOM ialah akronim untuk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer. Akronim PUSPAKOM terbentuk daripada cantuman huruf dan suku kata bagi nama khas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan ditulis dengan huruf besar, iaitu PUSPAKOM.Ejaan13.08.2020
Saya ingin membuat pengesahan terjemahan saya. "A Business Development Center is an operational establishment set up within Market Malaysia’s computerized organization tracking system" Terjemahan saya "Pusat Pembangunan Perniagaan adalah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Terima kasih.Terjemahan yang sesuai ialah "Pusat Pembangunan Perniagaan ialah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Penyemakan dan penterjemahan16.12.2016
Peringatan ini adalah cetakan komputer atau Peringatan ini ialah cetakan komputer?Ayat yang betul ialah "Peringatan ini ialah cetakan berkomputer"Lain-lain05.07.2023
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid.Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. Lain-lain29.01.2010
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum iniSekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.Istilah27.11.2015
Assalamualaikum..saya ingin memohon pihak DBP menyemak nama untuk papan iklan kedai saya.Untuk semakan tentang iklan papan tanda premis, puan perlu melayari laman dbpsahbahasa.my dan memohon daftar iklan untuk pengesahan bahasa iklan puan. Rujuk Panduan Pelanggan untuk panduan memohon iklan puan. 

Sila buat lakaran berkomputer untuk visual iklan puan.  Tulisan tangan tidak diterima. 
Masukkan keterangan aktiviti utama perniagaan di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan: RESTORAN
Betulkan nama premis kepada DAPUR KAK NING (selaraskan dengan teks jawi) kecuali nama KAK NING KITCHEN telah berdaftar di SSM atau MyIPO.
Sila masukkan DIMILIKI OLEH: XXXX  (nama syarikat berdaftar)
Sekiranya memohon untuk PBT Shah Alam dan Klang mohon masukkan alamat premis di bahagian bawah papan iklan. 

Sila rujuk lampiran untuk contoh lakaran visual iklan. 
 
Lain-lain10.01.2024
12

Kembali ke atas