Salam sejahtera, adakah sesuai untuk memgatakan bahawa "pelaburan berkonotasi dgn kata wang"? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Makna | 18.10.2019 |
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya? | Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
Persoalannya adakah nama institusi pelajaran yang akan ditubuhkan seperti 'Pusat Perkembangan I CAN READ' diterima pakai? Adakah DBP mempunyai garis panduan tentang pemakaian nama untuk institusi pendidikan. | Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan dalam penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan perkataan tempatan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama man-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan. Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, cth. Pusat Perkembangan Upaya Baca sebagai cadangan terjemahan bagi Pusat Perkembangan I Can Read. | Lain-lain | 27.03.2008 |
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH | Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah. Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah. | | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2017 |