7. Lagu kebangsaan berkumandang di langit sebaik sahaja selesainya upacara tersebut. Tiada kesalahan. munsyi, adakah di langit salah? TQ adakah ayat ini gramatis? | Penggunaan yang lazim digunakan ialah 'berkumandang di udara'. Ayat itu tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa sebagai panduan membina ayat dengan gramatis. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua' | Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih. | 1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh. 2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu. 5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 08.12.2020 |