Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : 1. berdekatan rapat-rapat men­jadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), ber­kampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana mencantumkan kedua-dua ayat tunggal di bawah: a) Semua murid berkumpul di dewan. b) Semua guru berkumpul di dewan. Adakah ayat majmuk bagi jwp yg betul ialah: Semua murid dan guru berkumpul di dewan. ATAU Semua murid dan semua guru berkumpul di dewan. Adakah penggulangan perkataan 'SEMUA' diperlukan. Terima kasih.Ayat yang betul:

Semua murid dan guru berkumpul di dewan.

Tatabahasa20.10.2015
Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang? Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau gelanggang bola keranjang? Kedua-dua ayat ini adalah daripada 2 ayat tunggal kepada ayat majmuk meggunakan kata hubung 'atau'. Adakah kedua-dua ayat boleh diterima?Jawapan yang lebih tepat: Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang?Tatabahasa02.07.2015
Tuan, Yang manakah ayat berikut betul 1. Semua guru dan murid berkumpul di padang. 2. Semua guru dan murid-murid berkumpul di padang. Harap dapat penjelas tentang kedua-dua ayat di atas. Sekian,terima kasih.Ayat yang tepat ialah ayat no. 1.  Apabila sudah ada perkataan "semua" yang menunujukkan jamak atau ramai, tidak perlu lagi digandakan objeknya.Lain-lain13.10.2014
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah1. Banyak orang berkumpul di balai raya.
2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia

Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.
Tatabahasa09.05.2012
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul.Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu.Tatabahasa16.06.2009
Mohon penjelasan tentang jenis ayat ini sama ada ayat penyata atau ayat perintah (permintaan): Semua peserta kursus diminta berkumpul di bilik seminar. Terima kasihAyat Semua peserta kursus diminta berkumpul di bilik seminar ialah ayat (permintaan).Tatabahasa18.09.2014
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih.

a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak)

b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul)

c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul)

d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka.

Tatabahasa19.10.2011
Apakah jenis ayat di bawah. Soalan : Semua pelajar diminta berkumpul di padang. Ayat penyata atau ayat perintah ? Tolong berikan sebab. Terima kasih.Ayat yang diberikan ialah ayat perintah. Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ms. 441 dan 448 - 452.Tatabahasa07.08.2011
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah
Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul
Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain.

2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi
Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas
b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah
c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah
d) Tiada apa-apa berlaku
Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku.

3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?
Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja.
Tatabahasa06.11.2015
123

Kembali ke atas