Penggunaan 'demi' dalam ayat 1.Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan 'sebahagian' dalam ayat 2. Hasan bekerja sebahagian hari, pada hari ini. Adakah sesuai penggunaan kata tersebut? | Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan perkataan demi dalam ayat ini tidak sesuai. Ayat yang betul ialah: Mereka berkumpul untuk mengambil foto. Penggunaan kata yang sesuai ialah: Hasan bekerja separuh hari, pada hari ini. | Tatabahasa | 18.11.2022 |
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah | 1. Banyak orang berkumpul di balai raya. 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Adakah "orang-orang" bentuk jamak (plural form) untuk "orang"? Yang manakah ayat yang betul (1) orang ramai berkumpul di hadapan stadium. (2) ramai orang berkumpul di hadapan stadium. | Gunakan penanda jamak seperti ramai untuk menggantikan orang-orang. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Lain-lain | 13.12.2022 |
Sekumpulan murid itu berkumpul untuk (berbincang/membincangkan) tentang masalah pelajaran. Yang mana satukah betul? Apakah beza antara penggunaan kedua-dua kata kerja tersebut? | 1. 1. Ayat yang betul ialah Sekumpulan murid itu berkumpul untuk berbincang tentang masalah pelajaran. 2. 2. Perkataan berbincang bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, mencapai keputusan manakala perkataan membincangkan pula bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu, mencapai keputusan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 296. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
Tuan, Yang manakah ayat berikut betul 1. Semua guru dan murid berkumpul di padang. 2. Semua guru dan murid-murid berkumpul di padang. Harap dapat penjelas tentang kedua-dua ayat di atas. Sekian,terima kasih. | Ayat yang tepat ialah ayat no. 1. Apabila sudah ada perkataan "semua" yang menunujukkan jamak atau ramai, tidak perlu lagi digandakan objeknya. | Lain-lain | 13.10.2014 |
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? | 1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain. 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku. 3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk | Ayat ini betul: 1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada para pekebun kecil. 4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"? | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang. 2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. | Tatabahasa | 26.08.2021 |
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"? | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang. 2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. | Tatabahasa | 24.09.2021 |
Tuan, 1.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Ali. 2.Doktor meminta nenek mendapat rehat yang baik. 3.Anggota keluarga Ali dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Adakah ayat-ayat tersebut betul?Jika tidak,sila tunjukkan cara membetulkan ayat. Terima kasih. | Ayat yang diberikan tidak tepat daripada pemilihan kata. Ayat yang lebih gramatis: 1. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Ali. 2. Doktor menasihati nenek supaya mendapatkan rehat yang cukup. 3. Anggota keluarga Ali dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni. | Tatabahasa | 26.04.2018 |