| mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
| Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta kalau ada kategori berkumpulan. adakah perkataan "kalau" yang diikuti "ada" digunakan dalam ayat ataupun "kalau" diikuti "terdapat" mohon penjelasan | Ayat yang gramatis, Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta sekiranya terdapat kategori berkumpulan. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
| salam tuan, 1. bolehkah perkataan "finalis" digunakan bagi merujukpeserta akhir? 2. bagi peserta berkumpulan , bolehkah "finalis" digunapakai? terima kasih | Perkataan finalis ialah bahasa percakapan, dalam situasi rasmi "peserta" yang sesuai digunakan, seperti peserta akhir dan peserta berkumpulan. | Istilah | 07.09.2015 |
| 1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH) | 1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah. 2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan. 3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. | Tatabahasa | 16.09.2012 |
| Hi Tuan / Puan, Apakah pembezaan antara membincang dengan berbincang? Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdanam, membincang bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu , mencapai keputusan dan sebagainya. Berbincang pula bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan isu atau masalah atau mencapai keputusan dan sebagainya. | Lain-lain | 17.09.2023 |
| Apa terjemahan "group chat" ? | Cadangan padanan bagi istilah group chat dalam bahasa Melayu ialah bual berkumpulan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.12.2024 |
| Salam sejahtera tuan. Murid-murid menyertai pertandingan bernyanyi di sekolah. Adakah ayat ini betul? Apakah perbezaan di antara bernyanyi dengan menyanyi? Adakah frasa pertandingan bernyanyi secara berkumpulan betul? Terima kasih. | “Bernyanyi” dan “menyanyi” membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat: 'Kami mendengar nenek bernyanyi' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi'. Walau bagaimanapun dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan. | Tatabahasa | 21.08.2021 |
| Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut gramatis dan dapat diterima? Terima kasih. 1) “Adi seorang yang rajin.” Haruskah penggunaan seorang diikuti dengan kata nama? Contohnya, “Adi seorang murid yang rajin.” 2) “Terima kasih atas bantuan kamu” atau “Terima kasih di atas bantuan kamu.” 3) “Kerja kumpulan” atau “kerja berkumpulan”? 4) “Tulisan kamu boleh diperbaik” atau “Tulisan kamu boleh diperbaiki” | 1) Adi seorang yang rajin dan Adi seorang murid yang rajin, kedua-dua ayat ini betul. 2) Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas bantuan kamu". 3) Kerja kumpulan dan kerja berkumpulan, kedua-duanya boleh digunakan. 4) Ayat yang betul ialah "Tulisan kamu boleh diperbaik". | Tatabahasa | 22.09.2021 |
| Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan. | Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional". | Tatabahasa | 20.05.2013 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah busking dan flash mob? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "busking" dan "flash mob". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah menyanyi di jalanan dan persembahan kilat berkumpulan. | Istilah | 11.11.2016 |