Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Bolehkah istilah "Berkunjung salam" digunakan untuk membawa maksud mengunjungi rumah ke rumah sempena Hari Raya sambil bersalam-salaman. Terima kasih.Berkunjung ialah kata kerja dan lazimnya diikuti kata sendi nama seperti berkunjung ke rumah. Frasa berkunjung salam adalah tidak tepat.Tatabahasa23.06.2016
Adakah ayat berikut betul? Sekiranya salah, apakah justifikasinya. Terima kasih! 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.Ketiga-tiga ayat tersebut betul.

1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
Tatabahasa11.04.2025
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah.
2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul.
3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran.
4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang.
5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 
6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal?
Tatabahasa09.10.2016
Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi. Adakah penggunaan ayat di atas betul atau salah?Ayat yang betul ialah “Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi” dan “Beribu-ribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi”.Tatabahasa21.07.2024
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih.Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2009
1. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung di Pulau Damai. 2. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung ke Pulau Damai. Soalan saya, penggunaan kata sendi dalam ayat yang manakah adalah betul? Terima kasih DBP.

Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata sendi nama yang menunjukkan tempat, walau bagaimanapun dalam contoh ayat yang diberi di diikuti dengan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu kata sendi nama yang paling sesuai iala ke (ke + tempat/arah yang dituju), contoh ayat yang lain: Mereka akan ke Kuantan esok.

Tatabahasa20.05.2010
Saya hendak tanya bahawa adakah ayat berikut betul, Saya dan keluarga berkunjung ke ladang teh di Sabah.Saya dan keluarga berkunjung ke ladang teh di Sabah, ayat ini betul.Tatabahasa20.10.2016
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga _____ke China untuk melihat Tembok Besar China yang sungguh terkenal itu. A. melawat B. berkunjung Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Mengapakah ? Terima kasih.Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berkunjung ke China untuk melihat Tembok Besar China yang sungguh terkenal itu. Berkunjung bermaksud pergi (datang) untuk melihat-lihat (tempat dan lain-lain), manakala melawat bermaksud pergi mengunjungi negara asing (dan lain-lain) juga betul tetapi tidak diikuti dengan kata sendi ke (betul - kami sekeluarga melawat China ...)Tatabahasa02.10.2009
Kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita sering berkunjung ke perpustakaan. ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini?Ayat yang gramatis - Kita memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita sering berkunjung ke perpustakaan.Tatabahasa01.08.2013
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya tentang pola ayat. FN + FSN 1.(Mereka ) (suka berkunjung ke Negeri Sembilan.) *Pada rekod yang dahulu, saya pernah mengajukan soalan ini kepada pihak DBP. Penerangan yang diberikan oleh pihak DBP menyatakan bahawa disebabkan 'berkunjung' merupakan kata inti kata kerja, maka pola ayatnya ialah FN + FK tetapi jawapan yang diberikan dalam buku berlainan daripada jawapan yang diberikan oleh pihak DBP yang lalu.Jadi, apakah pola ayat yang betul bagi ayat di atas?Kami tidak pasti buku yang menjadi rujukan tuan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan dan rujukan. Berdasarkan buku tersebut, penerangan yang diberikan oleh pihak  kami sebelum ini berkenaan ayat contoh yang diberikan betul, iaitu FN + FK. Perkataan suka dalam ayat tersebut merupakan penerangan adjektif dan ke Negeri Sembilan pula merupakan penerangan frasa sendi nama.Tatabahasa06.10.2021
12345678

Kembali ke atas