tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ? | 1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Tatabahasa | 12.11.2015 |
Tuan, apakah perbezaan semakin berkurang dan semakin berkurangan. Boleh pihak tuan terangkan cara penggunaannya? Terima Kasih. | Tidak ada perbezaan maksud antara semakin berkurang dengan semakin berkurangan dan kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
When you're at high altitudes, the air is thinner so there's less oxygen. Terjemahan ayat tersebut ialah: Apabila kita berada di tempat yang tinggi, udara semakin "menipis" jadi oksigen semakin berkurang. Adakah perkataan "menipis" sesuai digunakan untuk ayat tersebut atau perkataan "berkurang" adalah lebih tepat? | Menipis juga membawa maksud berkurang tetapi lazimnya digunakan dalam konteks benda yang boleh dilihat secara fizikal. Oleh itu, terjemahan yang lebih tepat ialah oksigen semakin berkurang. | Lain-lain | 15.07.2019 |
Soalan kesalahan tatabahasa PT3:- 1) Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurang sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Bolehkan saya dapatkan jawapan kesalahan tatabahasa bagi soalan di atas? | Ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa dan fakta. Ayat yang gramatis, Ilmu yang dimiliki akan berkurang sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
When you're at high altitudes, the air is thinner so there's less oxygen. Terjemahan ayat tersebut ialah: Apabila kita berada di tempat yang tinggi, udara semakin "menipis" jadi oksigen semakin berkurang. Adakah perkataan "menipis" sesuai digunakan untuk ayat tersebut atau perkataan "rendah" adalah lebih tepat? | Terjemahan yang lebih sesuai ialah "oksigen semakin berkurang". | Penyemakan dan penterjemahan | 15.07.2019 |
kasih sayang terhadap isterinya semakin kering | semakin berkurang/lenyap | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkurangan | Ayat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan. | Tatabahasa | 31.10.2007 |
Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis adalah agak berkurangan. | Ayat yang lebih sempurna : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak berkurang /kurang /merungsingkan/ membimbangkan. | Tatabahasa | 31.10.2007 |
Asslamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)? Terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan ialah Takaful bertempoh gadai janji berkurang. Hal ini seperti yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.09.2019 |