"balik daripada berkursus di Langkawi" betul? daripada atau dari yg lebih tepat? | Saudara Khor Wooi Teck, Yang lebih tepat ialah 'balik berkursus di Langkawi'. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?... | Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betul | Tatabahasa | 19.04.2010 |
sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
adakah perkataan "skin" (bermaksud kulit) dalam bahasa inggeris telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? seorang guru yang berkursus telah memaklumkan bahawa perkataan "skin" telah digunakan dalam bahasa Melayu (perolehan daripada sumber DBP). | Untuk makluman, perkataan bahasa Inggeris "skin" tidak pernah dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "skin" ialah kulit. | Istilah | 11.10.2013 |
Apakah perbezaan antara kursus, seminar dan bengkel? | Kursus biasa nya melibatkan sesi ceramah dan latihan samada dalam atau luar tempat berkursus.Seminar diadakan dalam dewan dan melibatkan pembentangan kertas oleh pembentang yang terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.Manakala bengkel biasanya melibatkan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu bengkel kerja. | Lain-lain | 18.01.2008 |
Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih. | TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN. | Tatabahasa | 07.04.2011 |