Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Sampan berlabuh di tepi teluk,
     Hendak belayar Kuala Daik;
Santan dimakan kalau mabuk,
     Tentu bercampur barang tak baik.


Lihat selanjutnya...(23)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut.Tatabahasa31.03.2012
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Tatabahasa11.05.2010
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi "extrusion apparatus" dan juga "anchoring disc"? (digunakan untuk menerangkan struktur spora) Sebelum ini saya terjemahkan kepada radas penerobosan dan cakera berlabuh.Cadangan terjemahan kami, extrusion apparatus - radas penerobosan, manakala anchoring disc - cakera penambat.Penyemakan dan penterjemahan02.01.2016
Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa.Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang.Tatabahasa30.07.2013
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014

Kembali ke atas