Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." | Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.
Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. | Lain-lain | 26.06.2013 |
Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan 1 yang saya tanya dan jawapan yang dicadangkan tempoh hari, ( Soalan : Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." Jawapan : Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan. Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. ) Menurut Kamus Dewan, salah satu daripada maksud basi ialah " lebihan (baki) wang", jadi dalam ayat contoh tersebut, adakah penggunaan perkataan "basi" salah ? Terima kasih. | Secara lazimnya, masyarakat lebih kerap menggunakan perkataan baki. Namun, penggunaan perkataan basi dalam ayat tidak salah kerana Kamus Dewan mendefinisikan sebagai lebihan (baki) wang. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
1. bernyanyi ATAU menyanyi. mana satu betul? | Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, iaitu melagukan nyanyi atau berlagu. Kedua-duanya boleh digunakan pada ayat yang sama. | Istilah | 22.07.2014 |
Apa perbezaan bernyanyi dan menyanyi? Dalam situasi yang bagaimana atau konteks perkataan bernyanyi dan menyanyi digunakan? | Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, iaitu melagukan nyanyi atau berlagu. | Tatabahasa | 25.02.2014 |
Bibi Sarimah AHA 9.35 PAGI Bibi Sarimah Assalamualaikum... Boleh saya dapatkan senarai puisi untuk sayembara deklamasi puisi sempena sambutan bulan bahasa 2017? | Wassalam. Pertandingan yang mana tuan/puan maksudkan? Sekiranya tuan/puan merujuk Ekpresi Puisi Berlagu, tuan/puan boleh melayari http://lamanweb.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 24.09.2017 |