Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlakunya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan dengan penggunaan perkataan 'antara' yang manakah adalah benar? 'Antara faktor berlakunya pencemaran....' atau 'Antara faktor-faktor berlakunya.....'Frasa yang betul ialah  'Antara faktor berlakunya pencemaran....'Tatabahasa28.07.2021
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu

1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas.

Tatabahasa15.07.2010
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh:

   Cakap ajuk:  "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. 
Tatabahasa08.01.2021
"Encik Arif menceritakan tentang punca berlakunya banjir di Kelantan." Adakah rangkai kata 'menceritakan tentang punca berlakunya...." itu salah? Kalau salah ,tolong jelaskan ,Farsa menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Perkataan tentang ialah kata sendi nama  yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad.Tatabahasa14.07.2013
apa beza etiologi dan punca penyakitMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Istilah25.07.2012
Adakah ayat di bawah betul? Penduduk kampung membina tembok itu untuk mengelakkan berlakunya hakisan.Ayat "Penduduk kampung membina tembok itu untuk mengelakkab berlakunya hakisan" adalah betul.Tatabahasa07.09.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penanda wacana?Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa25.02.2012
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial.Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'.Tatabahasa16.11.2010
APAKAH FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA DAN CARA- CARA MENGATASINYA.
  • Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu. Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih.
  • Lain-lain07.09.2008
    Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

    Saudara,

    Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

    Lain-lain04.11.2009
    12345678910...

    Kembali ke atas