Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Orang berpantun di Kampung Hulu,
     Sambil mencabut ulam bermi;
Tujuh tahun musim berlalu,
     Baru tersedar rumput di bumi.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih.Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial.Lain-lain18.06.2009
Mana yang betul? Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku telah selesai menulis karangan. atau Selepas 20 minit, semua rakanku telah selesai menulis karangan.Ayat yang gramatis "Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku selesai menulis karangan".Tatabahasa24.12.2012
Mana satukah ayat yang lebih tepat: (a) Orang ramai mengibarkan bendera apabila pelawat itu berlalu. (b) Orang ramai mengibaskan bendera apabila pelawat itu berlalu.Penggunaan perkataan yang tepat ialah mengibarkan.Tatabahasa02.04.2014
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan.

Tatabahasa14.03.2018
Huruf pertama pada nama timang-timangan dalam sesuatu ayat sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau kecil. Contohnya: Aku dan along berlalu dari situ. ditulis 'along' atau 'Along'. Selepas tanda seruan, tanda noktah atau elipsis, huruf pertama ayat seterusnya perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil. Cthnya, “Orang dah dapat rumah!” Jerit Fina. Selepas seruan itu patut ditulis 'jerit' atau 'Jerit'?1. Aku dan along berlalu dari situ. 
2. “Orang dah dapat rumah,” Jerit Fina!
Tatabahasa30.06.2014
Bara api masih lagi menyala walaupun sudah dua jam berlalu. Ayat ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? (maksud "masih" sama dengan "lagi")Ayat tersebut betul. Penggunaan perkataan "masih lagi" betul dalam ayat.Namun, penggunaan salah satu perkataan lebih gramatis kerana penggunaan dua kata tugas dianggap lewah.Tatabahasa04.07.2013
Assalamualaikum. Adakah pihak Tuan sudah mendapat maklum balas daripada pakar bahasa Arab? Tiga bulan sudah berlalu dan dalam tempoh itu saya masih tidak mendapat apa-apa makluman daripada pihak Tuan. Terima kasih.Waalaikumussalam.
Mohon puan mengemukakann sekali lagi soalan yang pernah diajukan sebelum ini untuk kami bantu mendapatkan jawapannya.
Lain-lain23.08.2017
Nurulayu Natasha THURS 18:15 Assalammualaikum dan salm sejahtera saya peserta tunas remaja meminta izin utk mendptkn gmbr spnjng kem berlaluWassalam, Puan/cik boleh menghubungi pihak urus setia untuk dapatkan maklumat tersebut. Puan Aninah Anak Janang 03-21479215 aninah@dbp.gov.myLain-lain20.04.2017
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
12

Kembali ke atas