Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lam.ba/] | برلمبق

Definisi : 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilong­gokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun­timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lam.ba/] | برلمبق

Definisi : 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlambak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, apabila kita menggunakan perkataan "berlambak" untuk menyatakan "maklumat yang terlalu banyak" (maklumat yang berlambak), adakah ia membawa maksud negatif - maklumat yang terlalu banyak TETAPI tidak teratur?Berlambak maksudnya tidak tersusun rapi. Berlambak bukanlah bermaksud negatif (tidak elok), sebaliknya merujuk keadaan bahan/perkara tersebut.Tatabahasa01.06.2022
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda.

1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu.

2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut.

3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B.

Tatabahasa10.07.2009

Kembali ke atas