Mohon semak penggunaan perkataan yang sesuai semasa Istiadat Konvokesyen 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama 2) .....sedang berlangsung Bahagian Pertama | Perkataan yang sesuai ialah 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama | Istilah | 27.04.2015 |
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah? | Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung. Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Kedua-dua ayat di bawah dikatakan sebagai salah dalam buku aktiviti murid-murid saya (fokus tajuk = kata kerja ) :- 1. Sekolah akan bercuti mulai esok. 2. Peperiksaan sedang berlangsung di dewan utama. Mengapakah bercuti & berlangsung dikatakan salah dalam ayat-ayat itu ? Saya tidak nampak apakah kesalahannya. Terima kasih. | Penggunaan kata kerja berlangsung dan bercuti betul dalam ayat yang dinyatakan. Cuma terdapat sedikit pindaan tatabahasa pada perkataan sekolah kepada persekolahan. Sesi persekolahan akan bercuti mulai esok. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Tuan, Terima kasih atas jawaban yang diberi. Saya telah merujuk kamus dewan edisi 4 mengatakan bahawa 'berjalan ' membawa maksud 'berlangsung'. kalau demikian 'peperiksaan sedang berjalan' bolehkah diterima sebagai ayat yang gramatis? sekian terima kasih. | Frasa "Peperiksaan sedang berjalan" boleh digunakan sama seperti "Peperiksaan sedang berlangsung", cuma kata berjalan boleh membawa pelbagai maksud dan kata berlangsung maksudnya yang utama ialah diadakan. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Fiza Aziz MON 6:47PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya 'Peperiksaan sedang berjalan' betul ke ayat ini? | Berjalan juga membawa maksud berlangsung, frasa "peperiksaan sedang berjalan" betul, sama maksudnya dengan "peperiksaan sedang berlangsung". | Tatabahasa | 05.09.2016 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih. | 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
Ayat ini betul atau tidak? 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga ke petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf di atas kejadian yang berlaku semalam. | Ayat yang betul ialah: 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |