Mohon semak penggunaan perkataan yang sesuai semasa Istiadat Konvokesyen 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama 2) .....sedang berlangsung Bahagian Pertama | Perkataan yang sesuai ialah 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama | Istilah | 27.04.2015 |
Ayat ini betul atau tidak? 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga ke petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf di atas kejadian yang berlaku semalam. | Ayat yang betul ialah: 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Kedua-dua ayat di bawah dikatakan sebagai salah dalam buku aktiviti murid-murid saya (fokus tajuk = kata kerja ) :- 1. Sekolah akan bercuti mulai esok. 2. Peperiksaan sedang berlangsung di dewan utama. Mengapakah bercuti & berlangsung dikatakan salah dalam ayat-ayat itu ? Saya tidak nampak apakah kesalahannya. Terima kasih. | Penggunaan kata kerja berlangsung dan bercuti betul dalam ayat yang dinyatakan. Cuma terdapat sedikit pindaan tatabahasa pada perkataan sekolah kepada persekolahan. Sesi persekolahan akan bercuti mulai esok. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih. | 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih. | 1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. 2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih. | 1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul. 3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi." 4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung." 5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
| Tatabahasa | 31.08.2012 |
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan. | 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat. 3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |