Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.pis.la.pis] | برلاڤيس-لاڤيس

Definisi : terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.pis.la.pis] | برلاڤيس-لاڤيس

Definisi : terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016

Kembali ke atas