Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.wa.nan] | برلاونن

Definisi : 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.wa.nan] | برلاونن

Definisi : 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan berlawanan dengan dinamik?Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif)Lain-lain02.08.2007
Apakah kata berlawanan untuk PAGI. Banyak bahan rujukan di pasaran memberikan jawapan MALAM tetapi pihak sekolah menegaskan jawapan yang tepat ialah PETANG. Minta pencerahan. Terima Kasih.Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan pagi bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan pagi berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja.Tatabahasa14.10.2014
Saya ingin bertanya tentang perkataan (maksud) yang berlawanan (kata lawan). Saya ingin menggunakan ayat ini sebagai tajuk kajian saya. "Waktu Bekerja: Antara Ancaman Dan ___". Ada tak perkataan selain daripada Keselamatan? Atau perkataan berlawanan itu juga bermula dengan huruf 'A'. Ayat ini akan digunakan sebagai tajuk kajian saya tentang kebaikan dan keburukan daripada penetapan waktu bekerja. Dalam kajian itu, saya menyentuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerja. Mohon pandangan Tuan Yang Bijaksana.Perkataan lain yang sama erti dengan keselamatan ialah, keamanan, kesentosaan dan kesejahteraan. Saudara boleh memilih mana-mana perkataan yang sesuai untuk dijadikan tajuk tersebut tidak perlu sama huruf pangkal dan akhirnya asalkan bertepatan dengan isi yang hendak disampaikan.Tatabahasa04.08.2011
Salam Syawal ! Apakah perkataan berlawanan bagi ' Manis 'Kata lawan bagi manis ialah masam.Tatabahasa12.08.2014
kata lawan teoriKata yang berlawanan dengan teori ialah praktikal. Praktikal bermaksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal.Makna03.05.2007
Sastera Melayu ModenSastera Melayu moden adalah berlawanan dengan sastera Melayu tradisional. Antara genre yang terlibat dalam sastera Melayu moden ialah puisi, cerpen, novel, drama dan esei/kritikan. Sekian dan salam. Lain-lain30.04.2009
Adakah penggunaan 'adalah' di dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Contoh kata berlawanan adalah kuat dengan lemah, besar dengan kecil dan lain-lain. 2. Antara perbuatan yang kerap dilakukan adalah duduk, berjalan, makan, minum dan tidur. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Kata pemeri adalah hadir di hadapan fras adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah dalam kedua-dua ayat contoh tersebut kurang tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 264.Tatabahasa06.01.2012
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang?

Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang yang  menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

Makna28.04.2011
Apakah antonim untuk iri hati?

Tidak semua perkataan atau istilah mempunyai perkataan berlawanan

Istilah09.02.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat.Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan.  Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. Makna05.01.2019
1234

Kembali ke atas