Apakah maksud kelewahan dalam bahasa | lewah- (léwah) = melewah 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan;
kelewahanhal (keadaan) yg berlebih-lebihan.
| Makna | 10.08.2009 |
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan. | Makna | 17.02.2011 |
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada seĀsiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada seĀsiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4. | Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.
| Tatabahasa | 12.05.2011 |