Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum | Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara. | Lain-lain | 01.02.2008 |
Salam Ramadhan ! Berdasarkan Kamus Pelajar, 1. mencolok mata = menimbulkan rasa meluat kerana berlebih-lebihan ( pakaian, kelakuan & lain-lain.) 2. menjolok mata = memberi malu @ menyakiti hati(perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb) Mohon pandangan tuan adakah maksudnya kedua-duanya sama atau terdapat perkara yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Berdasarkan huraian tersebut kedua-dua frasa memberi maksud yang hampir sama, namun pada kelazimannya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 27.06.2016 |
apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan bahasa? Apakah perbandingan antara sistem ejaan bahasa pinjaman dengan pola keselarasan vokal bahasa Melayu? apakah jenis-jenis kata pinjaman? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman). | Lain-lain | 14.03.2010 |
Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan. | Makna | 17.02.2011 |
apakah perbezaan bagi 'pertindanan makna' dan 'kelewahan bahasa' kerana kedua- duanya kelihatan seolah- olah mempunyai konsep yang sama. | Tidak ada data yang berkaitan dengan frasa tersebut dalam sumber rujukan kami. Pertindanan lazimnya dikaitkan dengan keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yang sama, manakala kelewahan ialah hal (keadaan) yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dlm ayat). Melihat kepada makna kata sebahagian daripada frasa tersebut, terdapat perbezaan antara kedua-duanya. | Tatabahasa | 15.12.2011 |
Salam, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang manakah adalah betul? | Merujuk Kamus Dewan, "mencolok mata" dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala "menjolok mata" antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa "mencolok mata" yang sering digunakan. | Makna | 02.05.2013 |
Maksud "hilai tawa" | Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah. | Makna | 14.04.2013 |
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Makna | 02.09.2015 |
Menjolok mata atau mencolok mata? Bolehkah digunakan kedua-duanya sekali? Manakah yang lebih tepat?. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2013 |