Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lé.gar] | برليݢر

Definisi : 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lé.gar] | برليݢر

Definisi : bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlegar

Puisi
 

Baik-baik menabur bayam,
     Jangan bertabur ke benih maman;
Baik-baik memelihara ayam,
     Helang berlegar tengah laman.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih.

Saudara,

Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja 

Tatabahasa25.08.2010
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas