Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.biasanya kita guna "berlepas ke...",bolehkah "berlepas dari ..." digunakan? TQ.Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa20.07.2010
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah berlepas/bertolak sesuai digunakan untuk orang dan kenderaan? 2. Para usahawan setempat perlu mencari peluang untuk memasarkan produk-produk keluaran mereka ke peringkat antarabangsa. Adakah perkataan setempat dalam ayat ini betul? 3. pelbagai barang atau pelbagai barangan betul? Terima kasih.

1.   
Jawapan yang betul ialah:

1Berlepas/bertolak boleh digunakan untuk orang dan kenderaan

2.     2. Para usahawan setempat/tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran mereka ke peringkat antarabangsa.

3.     3. Pelbagai barang atau pelbagai barangan boleh digunakan.

 

Tatabahasa13.08.2021
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih !

1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul.

3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) 

Tatabahasa25.05.2008
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan.1. Panggilan kepada... 
2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan.
3. Tren akan berlepas pada pukul...
Tatabahasa22.12.2015
1. Yang mana satu betul? Perlepasan atau pelepasan. 2. Kenapa perkataan keluar disambungkan sedangkan perkataan ke dalam dijauhkan. Terims kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlepasan bermaksud  perihal berlepas dan digunakan untuk  maksud terutamanya perlepasan kapal terbang, contoh ayat: Menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang.    Manakala pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan: Contoh ayat: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya;
Keluar dan ke luar ialah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll):  5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll):  8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri.  Oleh itu, jika dibandingkan dengan kedua-dua makna perkataan keluar dan ke luar ini, maka ejaan ke dalam ialah sama erti/maksud penggunaannnya dan ejaannya dengan perkataan ke luar.
Ejaan04.06.2018
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014

Kembali ke atas