Terima kasih atas respon di pihak DBP. Ikut pemahaman saya terhadap jawapan tuan, bercuti boleh diguna pakai walaupun berlibur dalam tempoh sehari. Ada pendapat yang menyatakan bahawa bercuti harus digunakan sekiranya ada aktiviti bermalam. Sekira tak bermalam, ianya dikategorikan sebagai melawat. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melawat bermaksud 1. pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain); 2. menziarahi jenazah. Manakala bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, bercuti dan melawat boleh digunakan walaupun dalam tempoh setengah hari atau lebih. | Makna | 31.03.2021 |
Tuan, saya ingin bertanya: bercuti adakah bermaksud mesti bermalam di tempat percutian tersebut? kalau saya bercuti di melaka, pagi pergi malam balik. adakah ini juga dimaksudkan "bercuti"? Harap tuan dapat bantu saya dalam perkataan ini. ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, perkataan bercuti sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Makna | 24.03.2021 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa perbezaan terjemahan bagi "vacation" dan "holiday" selain daripada perkataan "percutian"? Apakah cadangan pihak DBP jika kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam satu ayat, contohnya, "they are strictly prohibited from going to any vacation trips and holidays". Terima kasih. | “Holiday” dan “vacation” mempunyai persamaan dari segi maksud, iaitu bercuti. Selain itu, berehat dan berlibur juga membawa maksud yang sama. Maka, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti. Kami mencadangkan ayat “Mereka dilarang untuk melancong dan bercuti” sebagai terjemahan bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. | Makna | 29.05.2020 |
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah: 1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda 2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih 3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah 4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi 5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan 6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah: 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain) Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
| Tatabahasa | 03.07.2019 |