Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih. | Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan. | Istilah | 05.11.2012 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa? | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang dikemukakan betul. Bengkang-bengkong membawa maksud tidak lurus yang boleh digunakan untuk menunjukkan jalan ke Tanah Tinggi Cameron Highland tidak lurus atau berliku-liku. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.04.2018 |