| Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih. | "Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain". | Tatabahasa | 31.07.2007 |
| pak samad seorang yang rajin. dia mendpat keuntugan berlipat kali ganda hasil usaha kerasnya. sifat pak samad ibarat peribahasa apa? | Data peribahasa disusun mengikut perbilangan itu sendiri bukan mengikut makna. Oleh itu, suadara perlu menyemak setiap entri peribahasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan semak satu per satu perbilangan tersebut. | Lain-lain | 23.03.2013 |
| apakah yang dimaksudkan dengan gubir? | Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Makna | 21.02.2013 |
| Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
| Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |