Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.dah] | برلوده

Definisi : membuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lu.dah] | برلوده

Definisi : mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berludah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Petang. Saya Nandhana shankara ingin tanya satu soalan.Saya masih sedikit keliru dengan penggunaan perkataan perkataan TOLONG, MINTA , SILA.Bolehkah anada memberikan beberapa contoh ayat untuk tiga perkataan tersebut?1. Sila ambil makanan di sana
2. Minta tuan-tuan bersabar sebentar. 
3. Jangan berludah di sini.
Perkataan sila, minta dan tolong ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan dan permintaan. Kata sila lazimnya digunakan dalam permintaan lebih hormat.
Tatabahasa27.06.2016
salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih.Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis.Tatabahasa18.08.2015
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih.Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Contoh:
1. Jangan buang sampah di sini.
2. Jangan berludah di sini.
3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak.
Tatabahasa30.05.2013
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan SILA, MINTA, TOLONG.Harap beri penjelasan dan contoh ayat untuk 3 perkataan tersebut.Terima kasih.Perkataan sila, minta dan tolong ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan dan permintaan. Kata sila lazimnya digunakan dalam permintaan dengan lebih hormat, seperti sila ambil makanan di sana. Contoh lain, minta tuan-tuan bersabar sebentar dan jangan berludah di sini.Tatabahasa26.06.2016
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih.

1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian".

2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini.

Tatabahasa04.08.2011

Kembali ke atas