Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lum.ba] | برلومبا

Definisi : , berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lum.ba] | برلومبا

Definisi : berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumba

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Lumba-lumba mudik berkawan;
Saya berhajat dari dahulu,
     Hendak berlumba denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelbagai perkara akan berlaku jika masalah berlumba di jalan raya tidak diselesaikan dengan segera. Munsyi, adakah ayat ini gramatis? TK, pada pendapat saya, berlumba tidak sesuai digunakan. TKBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berlumba sama dengan berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan yang bermaksud berdahulu-dahuluan, berlawanan. Oleh itu, penggunaan perkataan "berlumba" dalam ayat yang diberikan adalah betul.Makna15.04.2012
Selalunya kami saling berlumba-lumba untuk menyudahi sesuatu kerja. munsyi, adakah ayat ini salah dari segi gramatisnya? tkAyat tersebut tidak gramatis, penggunaan yang betul ialah saling berlumba atau berlumba-lumba.Tatabahasa16.04.2012
Bolehkan kata ganti diri manusia digunakan di dalam dialog antara binatang-binatang. Contoh: "Esok kita berlumba dari sini, sehingga ke pokok hujung sana," kata Kura-Kura kepada Arnab. Jika tidak boleh, sila betulkan ayat ini. Terima kasih.Penggunaan kata ganti nama diri manusia bagi binatang dibenarkan dalam karya kreatif, khususnya dalam penceritaan karakter binatang bersifat seperti manusia dan melakukan aktiviti manusia. Contoh, "Esok kita berlumba dari sini sehingga pokok hujung sana," kata kura-kura kepada arnab. Namun, dalam penulisan ilmiah kata ganti nama diri manusia tidak digunakan untuk binatang. Tatabahasa29.04.2021
sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya..Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. Istilah27.07.2009
Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut?Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut)Lain-lain30.08.2015
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain20.05.2014
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara berikut: 1. Ada ataupun tidak perkataan 'perlantikan'. Hal ini kerana perkataan tersebut didaftarkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu tetapi tidak ada dalam Kamus Dewan Jilid 4. 2. Jika perkataan 'perlantikan' ada, persoalannya, adakah wujud perbezaan makna antara kata 'pelantikan' dengan 'perlantikan'? 3. Bagaimana hendak menentukan perkataan-perkataan yang boleh menerima imbuhan awalan 'pe...' dan 'per...' Sekian, terima kasih.

1. Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.

2. Cara yang mudah untuk mengenal perkataan yang menerima imbuhan peN-...-an dan peR-...-an adalah  dengan melihat bentuk kata kerjanya. Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yamg menggunakan awalan beR-, manakala kata nama yang menggunakan apitan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-...-i atau meN-...-kan.  Contoh: perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan.  

Walau bagaimanapun, terdapat juga bentuk-bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN-...-an dan peR-...-an. Hal ini kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan makna yang berlainan. Contoh: perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah, pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan. 

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahsa Dewan Edisi Ketiga, halaman 132. 

Istilah13.05.2009
As-salamu alaykum. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya sebelum ini di ruangan yang sama. Bolehkah pihak tuan, puan berikan saya senarai sebanyak yang mampu bagi perkataan-perkataan yang perlu digunakan dalam huruf kecil di sebuah tajuk? Terima kasih.Pihak kami tidak mempunyai data berkenaan senarai perkataan yang perlu ditulis dengan huruf kecil dalam tajuk. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Hal tersebut telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu berkenaan. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk, Perjuangan Utara dan Selatan, Kisah Sang Kancil dan Arnab Berlumba Lari di Gunung dan Pujangga yang Malang. Tatabahasa07.11.2021
12

Kembali ke atas