Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lun.jur] | برلونجور

Definisi : menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur ber­lunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut ke­sanggupan diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lun.jur] | برلونجور

Definisi : meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunjur
Kata Terbitan : berlunjur, terlunjur,

Peribahasa

Sempit bertelempu,
     lega berlunjur.

Bermaksud :

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berlunjurMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berlunjur bermaksud menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki. Contoh ayat, Dia duduk berlunjur sambil makan sirih.Makna20.02.2010
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput?Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis.Tatabahasa23.06.2010
Saya nama Asyah Tohyoh Pelajar Bahasa Melayu dasar ingin bertanya tentang Bahasa melayu Apakah makna belunjur Terima kasihMenurut data kami ejaan yang betul ialah "berlunjur" bermaksud meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. Untuk maklumat lanjut sila layari berlunjur">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berlunjurMakna03.11.2015
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu

Maksud "Belum duduk sudah berlunjur":
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

"Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

Makna23.02.2009
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya?

1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 

2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur).

Tatabahasa17.07.2011
Selamat pagi. 8 Ayam jantan Pak Hussin __________ di atas tunggul kayu sambil berkokok. A duduk B hinggap C bertenggek D berlunjur Apakah jawapan yang paling tepat? Apakah perbezaan antara hinggap dan bertenggek? Ter8ma kasih.Ayam jantan Pak Hussin bertenggek di atas tunggul kayu sambil berkokok. Hingap bermaksud berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu dan bertenggek bermaksud duduk di tempat yang agak tinggi.
Tatabahasa17.03.2014

Kembali ke atas