Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafan | Makna | 25.03.2012 |
munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TK | Perkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Dalam kemeriahan menyambut Hariraya Aidil Fitri yang mulia ini,marilah kita juga saling bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran. - Betul ke penggunaan ayat ini? | Ayat itu salah, yang betul ialah - Dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran. | Tatabahasa | 08.08.2008 |
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKAN | Adat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan. | Lain-lain | 24.10.2007 |