Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.man.di] | برمندي

Definisi : mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.man.di] | برمندي

Definisi : membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermandi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, Apa beza antara perkataan bermandi dengan bermandi-manda. Saya dah semak dalam kamus dewan tak ada perkataan bermandi-manda. Sekian.Bermandi bermaksud membersihkan tubuh dengan air, manakala mandi-manda bermaksud berbagai-bagai cara atau upacara mandi.Makna31.01.2012
Adik duduk di hadapan kipas untuk menyejukkan badannya yang panas dan bermandi peluh. Munsyi, adakah bermandi peluh adalah salah dalam ayat ini? tkPerkataan bermandi peluh tidak gramatis untuk ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2012
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda?Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul.Tatabahasa02.02.2012
Mengikut kamus maksud pantai ialah tebing atau tepi laut yg diliputi pasir. Adakah sesuai jika dikatakan bermandi-manda di pantai atau lebih sesuai bermandi-manda di laut. Jika kedua-dua boleh digunakan tolong terangkan konteks penggunaan.

Bermandi-manda di pantai bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di kawasan yang berpasir dan berbatu-batu di tepi laut.

Contohnya, ibu membawa adik bermandi-manda di pantai kerana adik masih kecil dan tidak pandai berenang.

Bermandi-manda di laut bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di bahagian berair masin yang menggenangi sebahagian besar permukaan bumi.

Contohnya, abang dan kakak sudah pandai berenang. Mereka bermandi-manda di laut setelah mendapat keizinan daripada ayah.

Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1261, 1406 dan 1611.

 

Tatabahasa17.08.2024
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah.

Saudara,

1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi.
2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan'
3. Memukul kompang
4.
Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul.
5.  ladang teh
6. Saya berkelah di tepi air terjun
7.
a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut)

Tatabahasa06.10.2012
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betl? 1. Adik bermandi-manda di dalam sungai. 2. Adik bermandi-manda di sungai. Sekian, terima kasihFrasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Adik bermandi-manda di sungai.Lain-lain14.06.2017
Frasa yang manakah betul? (i) Bermandi-manda di pantai (ii) Bermandi-manda di lautKedua-dua frasa boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.Tatabahasa07.08.2024
Frasa yang manakah betul? (i) Bermandi-manda di pantai (ii) Bermandi-manda di lautKedua-dua frasa boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.Tatabahasa04.08.2024
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih.Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik.Tatabahasa07.06.2010
1. Setiap hari, ayah bermandi peluh di ladang. 2. Setiap hari, ayah mandi peluh di ladang. Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah ayat pertama:  Setiap hari ayah bermandi peluh di ladang.Tatabahasa11.08.2016
12

Kembali ke atas