Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.ni/.ma.ni/] | برمانيق-مانيق

Definisi : 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.ni/.ma.ni/] | برمانيق-مانيق

Definisi : berbutir-butir spt manik (bkn peluh, embun dll): Dlm panas matahari itu, kelihatan peluhnya ~ di dahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermanik-manik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas