Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.sa/] | برماسق

Definisi : yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.sa/] | برماسق

Definisi : dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermasak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1) Emak masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut penulis buku berkenaan, bahagian yang salah ialah kata 'masak'. Menrutnya kata yang sesuai ialah 'bermasak-masak' seperti ayat yang berikut: Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut Kamus, 'bermasak-masak' bermaksud 'sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll) Tolong jelaskan kepada saya. Terima kasih.

Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Ayat ini kurang tepat atau lewah kerana bermasak-masak bermaksud sedang membuat lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya sepatutnya ayat ini menjadi Emak bermasak-masak kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami


Tatabahasa19.05.2011
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "CENTRAL PRODUCTION UNIT" dimana kami menyediakan perkhidmatan makanan bermasak secara berpusat. Bolehkan kami tuliskan "Pusat Penyediaan Makanan (Katering)" sebagai tanda nama dalam bahasa malaysia. Mohon pandangan. Apakah prosidur yang perlu dibuat oleh pihak saya untuk mendaftarkan iklan tersebut kepada pihak Dewan Bahasa sebelum pendaftaran diserahkan kepada pihak DBKL. Terima kasih.Keterangan "Pusat Penyediaan Makanan" boleh digunakan pada papan premis tuan. Untuk membuat pengesahan bahasa dalam iklan, sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Penyemakan dan penterjemahan24.06.2016

Kembali ke atas