berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera | Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis. | Lain-lain | 04.10.2010 |
sila jelaskan perbezaan bagi frasa "berminat terhadap" dan "berminat dengan". | Dengan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud bersama-sama menggunakan, cara sesuatu itu dilakukan dan perbandingan. 'terhadap' pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang ada penyambut seperti manusia, haiwa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Salam, Antara ayat di bawah, yang manakah lebih tepat? "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan." ATAU "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang diamalkan oleh keluarga kamu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan".
| Tatabahasa | 14.12.2015 |
SAYA BERMINAT UNTUK MEJADI PENULIS BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI UNTUK TAHUN 3 2019 BAGI PENDIDIKAN KHAS | Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci. | Karya | 04.05.2017 |
saya berminat untuk menulis buku dan ingin memasarkan buku saya... adakah prosedur-prosedur tertentu?... adakah kursus khas untuk menengahkan hasil kerja saya?... ia menjadi kerisauan disebabkan jika saya memberikan hasil kerja saya menjadi tatapan pihak ketiga... saya risau pihak tersebut akan meniru hasil kerja saya... sekiranya boleh... saya ingin mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini... mohon bantuan dan nasihat pihak DBP... | Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata tuan ke Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut: Ketua Bahagian Buku Umum, Aras 13, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. | Lain-lain | 28.12.2015 |
Saya berminat dalam penulisan buku pantun dan ingin menghantar karya saya. Tapi Bagaimana boleh saya hubungi pihat DBP? | Kami berpandangan elok kiranya tuan mengembangkan minat ini melalui penulisan dalam majalah. Tuan boleh menyalurkan karya melalui Editor Dewan Sastera (Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti), melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.10.2015 |
Saya berminat sangat dan berharap pihak dewan bahasa dan pustaka akan menerbitkan semula buku2 lama seperti hikayat hang tuah dan diedarkan secara komersial supaya lebih mudah didapati.. Sebagai tambahan saya berharap laman sesawang untuk dewan bahasa dan pustaka dapat lebih ditambah baik supaya lebih menarik dengan grafiknya dan lain2 supaya masyarakat lebih minat untuk singgah ke halaman sesawang dewan bahasa dan pustaka | Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |
SAYA BERMINAT UNTUK MEMULAKAN KARYA KEMAHIRAN SAYA ATAU MEWUJUDKAN PENULISAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA MAHIR. HARAP BANTU SAYA DENGAN MEMBERIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU SAYA IKUTI JIKA MAHU MENERBITKAN BUKU SAYA. | Sila hubungi saya melalui telefon (0122440569) untuk keterangan lanjut. Jika sdr. telah ada bahan penulisan sila bawa bahan tersebut untuk disemak dan dinilai oleh editor DBP. | Lain-lain | 11.11.2011 |