Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.dal.kan] | برمودلکن

Definisi : mempunyai (atau mengguna­kan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.dal.kan] | برمودلکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg modal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermodalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Berkaitan atau berkaitan dengan? Pada pendapat sy, sepatutnya "berkaitan" kerana mengambil konsep yang sama apabila perkataan berimbuhan apitan ber-an, selepas terus kepada predikat atau pelengkapnya. Contoh: bersumberkan wahyu, berpandukan peta, bermodalkan rm1000 dan sebagainya. Namun, kenapa dalam khidmat nasihat DBP masih banyak menggunakan "berkaitan dengan"? Harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.
Untuk makluman puan, kata kerja berapitan beR-...-kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap. Contohnya, bermodalkan RM1000, bersumberkan wahyu dan berpandukan peta.

Kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan sendi nama yang memerlukan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. Contohnya bersedihan sejak..., berkilauan akibat.., berkaitan dengan... dan lain-lain.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 199-200 untuk rujukan. 
Tatabahasa06.10.2020

Kembali ke atas