Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.tif.kan] | برموتيفکن

Definisi : mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.tif.kan] | برموتيفکن

Definisi : mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermotifkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan seorang pelajar yang berminat dalam mengarang sajak.Walaubagaimanapun,saya mempunyai masalah untuk berkongsi karya saya bersama pembaca. Saya juga khuatir sekiranya sajak yang dikarang itu terdapat kesalahan kerana penghasilan sajak tersebut tanpa panduan dan bimbingan sesiapa.saya juga berminat untuk menyertai sebarang pertandingan bermotifkan sajak anjuran mana-mana pihak tetapi saya jarang menjumpai iklan-iklan mengenai pertandingan sajak melainkan pertandingan esei.Saya harap pihak DBP dapat membantu saya dalam menangani masalah ini.

Untuk menjadi seorang pengarang atau penyair yang baik, sdr. digalakkan membeli atau memiliki buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari, terbitan DBP. Amat pasti - untuk menghasilkan sesebuah sajak yang bermutu memerlukan seorang penyair/penulis yang dapat menguasai bahasa dengan baik.

Sekian dan salam.

Lain-lain02.04.2009

Kembali ke atas