Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.kim] | برمقيم

Definisi : berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.kim] | برمقيم

Definisi : bertempat tinggal; berkediaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermukim

Puisi
 

Sudah bermukim di Negeri China,
     Kapal berlabuh di Tanjung Bata;
Tuan semua sudah dipunya,
     Saya ini berputih mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut

1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas.

2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan.

    bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya.

3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut.

Lain-lain09.09.2009
Assalamaualaikum. Saya inging bertanya maksud perkataan pemukiman sebagaimana dalam surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 8 April 2014 yang menyatakan dalam ayat berikut : Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Saya sudah merujuk Kamus Dewan, yang membawa maksud daerah mewah. Boleh tuan perjelaskan.

Waalaikumsalam WM WBT

Ejaan pemukiman yang betul ialah permukiman yang bermaksud kegiatan bermukim. Kata dasarnya ialah “mukim” yang antara maksudnya ialah tinggal tetap, kawasan yang di dalam lingkungan sebuah masjid, dan kawasan (tempat tinggal) yang di bawah perintah seorang penghulu. Kegiatan bermukim bermaksud kegiatan berkumpul atau tinggal di sesuatu kawasan. Dalam hal ayat contoh yang saudara berikan, perkataan “permukiman” telah diperluas maknanya menjadi kegiatan para pemimpin dari Malaysia dan Singapura berkumpul di Kuala Lumpur untuk membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan hal ehwal perhubungan kedua-dua buah negara.

Istilah08.04.2014

Kembali ke atas