Salam pihak KNDBP dan salam Merdeka saya ada 3 soalan 1) Perjuangan membebaskan tanah air bermula semenjak 1511. bolehkah 'bermula dan semenjak' digunakan pada ayat di atas kerana semenjak = bermula dari. 2) Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. pada perkataan 'diakhiri' perlukah diikuti dgn perkataan 'dengan' cth; perjuangan ini diakhiri dengan 3) Kunci kepada memperoleh ilmu adalah dengan membaca. betulkah penggunaan 'kepada' dalam ayat di atas? #mohon pihak DBP untuk jadikan ketiga-tiga ayat di atas lebih gramatis, terima kasih. | 1. Perjuangan membebaskan tanah air bermula dari/semenjak 1511. (salah satu) 2. Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. Tidak perlu. 3. Kunci memperoleh ilmu adalah dengan membaca. Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran, memperoleh - kata kerja. | Tatabahasa | 30.08.2016 |
Bermula pada tahun 1985, apabila sebuah puisi saya terbit dalam sebuah akhbar, saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif. 1) Adakah susunan ayat 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif' membawa apa-apa maksud dan difahami maksudnya? 2) Apakah maksud perkataan 'BERKREATIF' dan boleh digunakan dengan menggantikan sebagai "BERKARYA"? 3) Sekiranya saya mahu gantikan ayat di atas íaitu 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif', apakah ayat yang lebih sesuai untuk menggantikannya? | Ayat "saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif" tidak tepat. Ayat ini boleh dibaiki seperti : "saya berkira-kira sudah 30 tahun saya berkarya/menulis." | Karya | 31.05.2016 |
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan. | Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Tuan, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Bujei mula menaruh hati kepada Adila. 2. Bujei bermula menaruh hati kepada Adila. 3. Bujei mulai menaruh hati kepada Adila. Saya berpendapat ayat yang paling tepat ialah ayat (2) dengan penggunaan kata "bermula", kerana kata "bermula" ialah kata kerja, sedangkan maksud yang hendak disampaikan oleh ayat ialah Bujei mempunyai perbuatan mula menaruh hati kepada Adila. Kata "mula" salah digunakan kerana kata "mula" ialah kata nama. Kata nama tidak dapat menjelaskan perbuatan seseorang. Kata "mulai" tidak dijumpai dalam Kamus Pelajar, jadi saya hendak bertanya, adakah bentuk "mulai" salah? Saya merasakan bentuk "mulai" salah kerana sesuatu kata tidak dapat diimbuhkan dengan akhiran-i (seperti kata "mulai") kecuali kata itu kata kerja pasif. Kelihatan bahawa kata "mulai" tidak nampak seperti kata kerja pasif, tetapi kata kerja tak transitif. Apakah pandangan tuan? | Ayat yang betul ialah Bujei mula menaruh hati kepada Adila. Kata "mula" dalam ayat ini kata prafrasa yang bertugas untuk menambahkan makna pada frasa kerja "mula menaruh hati kepada Adilla". | Tatabahasa | 15.01.2015 |
Mohon bertanya untuk ayat ini: 1. Harga bermula dari RMxxx 2. Harga bermula daripada RMxx 3. Harga dari RMxxx 4. Harga daripada RMxxx yang mana satu adalah penggunanan ayat yang betul untuk digunapakai bagi tujuan promosi | Penggunaan ayat yang betul ialah Harga bermula daripada RMxx | Tatabahasa | 13.07.2018 |
salam, saya nak tanya, untuk penggunaan ayat: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila......" adakah ia betul atau adakah perlu meletakkan perkataan pada selepas perkataan bermula seperti ini: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila...."??? Harap dapat beri bantuan.terima kasih. | Saudara, Ayat yang sempurna dan betul ialah " Pihak Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786." | Tatabahasa | 09.02.2010 |
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. | 1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia. 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 18.05.2009 |
Bolehkah ayat bermula dengan ini? | Perkataan ini ialah kata ganti nama tunjuk umum yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat), dan itu (menunjuk pada yang jauh). Contoh dalam ayat: 1. Ini hasil nukilan penulis muda itu. 2. Itu buku biografi Pendeta Za'ba. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Mengapa 'unit' ( bermula huruf u) dan 'yuran' ( bermula huruf y) sedangkan bunyi pada pangkal perkataan adalah sama? Saya tidak mengfokus kepada sebutan baku tetapi persoalan menjurus kepada aspek bunyi pertuturan. | Saudara, Perkataan 'unit' ialah perkataan daripada bahasa Inggeris dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian huruf dengan mengambil kira bentuk bahasa sumber. Oleh yang demikian perkataan 'unit' tetap unit dalam bahasa Melayu. Perkataan yuran ialah perkataan bahasa Melayu dan bukan perkataan yang diserapkan daripada bahasa lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 19.12.2009 |
Saya ingin membuat pengesahan "tagline" untuk kempen yang akan dilancarkan di syarikat kami : KUALITI BERMULA DENGAN SAYA Diharap encik dapat membuat pengesahan mengenai slogan kata kempen kami. Terima Kasih | Frasa "Kualiti bermula dengan saya", betul dari aspek bahasa. Bgitu juga dengan frasa "Kualiti bermula daripada saya". Pandangan kami, sebagai pihak yang berwenang puan lebih memahami maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 16.03.2015 |