Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
Assalamualaikum. Antara ayat berikut yang manakah lebih tepat? i) Bermula daripada tarikh itu atau bermula dari tarikh itu. ii) Dikuis daripada penjuru padang/ dikuis dari penjuru padang. Saya juga berasa keliru dengan contoh ayat yang diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan hlm 191. Contoh ayat yang diberi ialah daun-daun kering berguguran. Bukankah kata berguguran itu sudah membawa maksud jamak. kenapa mesti digunakan pula kata daun-daun. Bukankah ayat yang lebih tepat ialah daun kering berguguran. Saya juga mohon maaf kerana tidak menyedari soalan saya tentang perbezaan kata baru dan baharu telah dijawab oleh pihak DBP pada 3/12/2008. Oleh yang demikian saya telah mengirim soalan yang sama pada 17/12/2008. Saya mohon maaf. Terima kasih.

Yang betul ialah - bermula dari tarikh itu. dikuis dari penjuru padang.

Saya bersetuju dengan kenyataan saudara, ayat daun kering berguguran telah memadai kerana berguguran (kamus Dewan: bermaksud gugur dengan banyaknya), cuma ayat daun-daun kering berguguran banyak dijumpai dalam bentuk kreatif.

Tatabahasa18.12.2008
Saya dan beberapa pensyarah Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris. Khidmat nasihat dan kerjasama tuan dalam hal ini amat2 dihargai. Terima kasih.Soalan puan memerlukan perincian dan data yang sahih yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Bahagian Perkamusan dan akan kami e-melkan data yang diperlukan kepada Puan Khairiyah dengan kadar segera.Tatabahasa11.12.2012
apakah peranan BDP dalam memartabatkan bahasa melayuDBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain06.01.2009
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu?DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain06.01.2009
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Malaysia?DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain11.01.2008
sejak dan semenjakSoalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan makna sejak dan semenjak? Sejak dan semenjak mempunyai makna yang sama iaitu bermula dari , mulai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.07.2011
Peranan Dewan Bahasa dan Pusktaka dalam memartabatkan bahasa melayuDBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahasa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa dalam kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain21.11.2008
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa melayuDBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahasa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa dalam kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain19.11.2008
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu?DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku berkenaan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan berdekatan.Lain-lain07.11.2008
1234567

Kembali ke atas