Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.ram] | برمورم

Definisi : ; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.ram] | برمورم

Definisi : = ~ durja bermasam muka; bersedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Apakah gerangan yang menyebabkan ______ kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. Adakah betul penggunaan perkataan apakah tersebut?Jawapan yang tepat ialah “Apakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka.Lain-lain14.05.2020
Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih

Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas.

Lain-lain14.05.2020
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa28.01.2012

Kembali ke atas