| Boleh tolong jelaskan makna ayat ini? Dikabur takbur shabab yang bermusim | Frasa Dikabur takbur shabab yang bermusim merupakan karya kreatif yang boleh ditafsirkan secara berbeza mengikut konteks keseluruhan makna yang hendak disampaikan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, takbur bermaksud berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak. | Makna | 09.07.2018 |
| Salam sejahtera, 1.Buah-buahan bermusim adalah seperti buah durian,buah rambutan,buah manggis dan lain-lain.(perlukah depan setiap nama buah ditulis "buah"?) | Untuk ayat tersebut, tidak perlu ditulis perkataan "buah" di hadapan setiap nama buah kerana penerangan pada awal ayat sudah diberikan. Ayat yang lebih sesuai ialah, "Buah-buahan bermusim adalah seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain." Susunan ayat seperti di atas sudah memadai bagi menyampaikan makna ayat. | Lain-lain | 06.11.2025 |