Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.suh] | برموسوه

Definisi : , bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.suh] | برموسوه

Definisi : bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif?Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin.Tatabahasa16.08.2010
Apakah perbezaan maksud agresif dengan permusuhan?Agresif bermaksud cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb). Manakala permusuhan pula bermakna  perihal bermusuh atau perseteruan.Makna21.08.2016

Kembali ke atas