Apakah perbezaan maksud agresif dengan permusuhan? | Agresif bermaksud cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb). Manakala permusuhan pula bermakna perihal bermusuh atau perseteruan. | Makna | 21.08.2016 |
Salam, boleh betulkan ayat ini " Ami menjadi sendi antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu" | Ayat tersebut tidak tepat dari segi makna, perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebu ialah pendamai, Ami menjadi pendamai antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
apakah maksud rasialisme? | Rasialisme ialah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ; fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. | Makna | 29.07.2008 |
Salam, Mohon semak terjemahan istilah berikut: 1. Agreeableness = Kebersetujuan 2. Openness to Experiences = Keterbukaan kepada Pengalaman 3. Rank = Kedudukan 4. Introversion = Introversi 5. Hostile = Bermusuhan 6. Neurotic = Neurotik 7. Closed = Tertutup Terima kasih | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Agreeableness": kebersetujuan 2) "Openness to Experiences": menerima pengalaman secara terbuka 3) "Rank": pangkat atau kedudukan 4) "Introversion": introversi 5) "Hostile": musuh, bermusuhan, garang atau menentang 6) "Neurotic": neurotik 7) "Closed": tertutup atau rapat Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 31.07.2021 |
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih. | Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb). | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau tidak tentang penggunaan memperkawan dan memperkawankan? 1. Sue ingin memperkawan Mei Ling. 2. Aliza ingin memperkawankan Sue dengan Mei Ling selepas pertengkaran yang berlaku antara Sue dengan Men Ling dua bulan yang lalu. Terima kasih. Cik Ong | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memperkawankan bermaksud mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan) manakala memperkawan berkawan dengan seseorang. Daripada maksud yang diberikan, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 11.10.2016 |