Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah penggunaan "Saya sekeluarga..." betul? Ataupun "Saya dan keluarga..." Apakah perbezaannya? 2) Jelaskan penggunaan "bernyanyi" dengan "menyanyi". Yang manakah lebih sesuai: Kami juga mendengar nenek bernyanyi. Atau Kami juga mendengar nenek menyanyi.Kedua-dua ayat "Saya sekeluarga ..." dan "Saya dan keluarga..." adalah betul. Awalan 'se' pada perkataan sekeluarga bermaksud seluruh (segenap).  Kedua-dua ayat, 'Kami juga mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami juga mendengar nenek menyanyi.' adalah betul.Tatabahasa27.01.2011
Yang mana betul sebenarnya? (i)pertandingan bercerita atau (ii)pertandingan cerita. Jika (i) yang betul, mengapakah imbuhan ber- digunakan, bukan imbuhan me- seperti (iii)pertandingan menyanyi ?1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. 2. Pertandingan cerita digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 3. Pertandingan Menyanyi atau Bernyanyi. Dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan.    Tatabahasa11.05.2008
Bapa membawa buku akaun pergi ke bank. Dalam ayat ini, perkataan "pergi" harus digunakan? atau ayat yang betul : Ayah membawa buku akaun ke bank. ? 2. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. / Cita-cita saya menjadi seorang guru. ? 3. Hobi saya ialah menyanyi / Hobi saya bernyanyi. Ayat mana satu yang betul?Kesemuanya boleh digunakan, cuma apabila kita menggunakan penambahan perkataan-perkataan yang berikut menjadikannya lebih gramatis.Tatabahasa16.10.2007
Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah.A1. Pertandingan bercerita. 

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan.

C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan.

D1. Pertandingan menyanyi.

E1. Pertandingan mengarang. 

F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. 

G.  Pusat beli-belah.

Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas.
Tatabahasa27.09.2013

Kembali ke atas