Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Apa diharap padi rendang,
     Daun berombak ditiup bayu;
Apa diharap budinya orang,
     Tidak sama budinya ibu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah sebutan bagi perkataan " beratur" ? Disebut ber'a'tur atau be'ra'tur ? Begitu juga bagi perkataan "berombak". 2) Biasanya sebutan bagi perkataan "telur" disebut sebagai " "telor". Adakah sebutan " telor" betul ? terima kasihTerdapat dua cara sebutan untuk perkataan beratur, iaitu ber.a.tur dan be.ra.tur.  Perkataan berombak juga mempunyai dua cara sebutan, iaitu ber.om.bak dan be.rom.bak. Sebutan untuk telur ialah te.lur.  Tatabahasa10.05.2012
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bakBerikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak.Tatabahasa11.01.2013
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012

Kembali ke atas