Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.pe.ra.si]/[ber.o.pe.ra.si] | براوڤراسي

Definisi : 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Mohon tuan jelaskan penggunaan bahasa yang betul bagi - suku kedua tahun 2013 ATAU suku tahun kedua 2013. Contoh ayat adalah: Banguan tersebut telah dibangunkan untuk beroperasi mulai suku kedua tahun 2013 (ATAU suku tahun kedua 2013). Terima kasih.Frasa yang tepat ialah suku tahun kedua 2013.Tatabahasa16.07.2013
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASAMenurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Makna27.12.2007
Apakah perbezaan di antara perkataan AUDIO VISUAL dan DIGITAL? sila berikan definisi untuk kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

Makna audiovisual ialah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan (berkenaan usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar.

Manakala digital pula bermakna sesuatu yang beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data.

Makna17.03.2009
Apakah nama syarikat?Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 

1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;

Lain-lain14.10.2009

Kembali ke atas