Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa/.si.kan] | برڤقسيکن

Definisi : ki berpegang pd, bertunjang­kan: umat Islam harus ~ akidah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpaksikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nyatakan sama ada ayat berikut adalah benar dan nyatakan alasannya. Hujah saya yang pertama adalah berpaksikan kepada pengguna mempunyai kuasa beli.

Ayat yang betul ialah: Hujah saya yang pertama berpaksikan pengguna mempunyai kuasa beli. Tanpa kata adalah dan kepada, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

Tatabahasa03.09.2009
Terjemahan bagi People-Centered Asean? Adakah betul Asean Berpaksikan Rakyat?Cadangan kami People-Centered Asean diterjemahkan kepada Asean Berpusatkan Rakyat.Penyemakan dan penterjemahan14.11.2014
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
adakah ayat-ayat berikut betul atau salah? 1. MERAIH KEPELBAGAIAN MENERUSI TITIK PERPADUAN. 2. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTERASKAN TITIK PERPADUAN. 3. MERAIH KEPELBAGAIAN BERORENTASIKAN TITIK PERPADUAN. 4. MERAIH KEPELBAGAIAN BERPAKSIKAN TITIK PERPADUAN. 5. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTUNJANGKAN TITIK PERPADUAN.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah "menerusi".
Cadangan ayat yang betul ialah: Perpaduan menerusi kepelbagaian kebudayaan. 
Tatabahasa22.08.2024
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan?DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP.Lain-lain25.11.2008

Kembali ke atas