konsep ayat tunggal dan ayat majmuk? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel guna teori x-berpalang? contoh ayat selapis dalam teks klasik guna teori x-berpalang? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. Sila rujuk novel untuk mencari contoh ayat-ayat yang berkaitan dan rujuk juga buku Tatabahasa Dewan, Bab 19 untuk mendapatkan maklumat lanjut teori x-berpalang. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA) | 1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini. 2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian. 3. MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011 | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan | Puan Ulysess, 1. Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk cogan kata agensi tersebut betul, iaitu Pertanian ialah Perniagaan. 2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini: (a) Abu (ialah) guru sekolah. (b) Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya. Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu, kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah. | Tatabahasa | 08.04.2009 |