Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,

Puisi
 

Cik Esah di pintu maling,
     Buah padi ke Paya Ledang;
Cabut galah perahu berpaling,
     Buah hati tinggal seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Roda yang berpaling,
     kuda sudah digerindin.

Bermaksud :

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.

Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti.  2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul.  

Tatabahasa14.08.2021
slm. Boleh tuan/puan semak ayat di bawah betul atau tidak. Burung hantu boleh memlaingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. ke[ala burung hantu mampu berpusing dalam 270 darjah. Jadi, dengan mudah burung hantu melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya.
Ayat yang betul ialah burung hantu boleh memalingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. Kepada burung hantu mampu berpaling dalam 270 darjah. Sehubungan dengan itu, burung hantu mudah melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya.
Lain-lain05.12.2018

Kembali ke atas