Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.du.kan] | برڤندوکن

Definisi : 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.du.kan] | برڤندوکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg ikutan; berpedomankan: Membina rumah dgn ~ pelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Tatabahasa07.12.2014
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih.a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak.  Tatabahasa01.07.2008
Tugasan itu dibuat dengan berpandukan kepada nota yang diberikan guru.Mohon penjelasanTugasan itu dibuat dengan berpandukan nota yang diberikan guru.Tatabahasa06.06.2015
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Tatabahasa29.07.2013
(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"?Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian.

 

Tatabahasa27.06.2008
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
apa konsep dan definisi kata tugas berpandukan lima ahli bahasa?Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka saudara perlu merujuk buku yang dikarang oleh mereka. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa  dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa.Tatabahasa10.11.2012
Antara dua istilah ini mana ejaan yang betul, berpandukan pada kamus dewan bahasa Nafkah atau NafqahJawapan yang betul ialah "Nafkah".Istilah28.03.2022
Saya ingin bertanya tentang fungsi klausa sebagai objek , berpandukan ayat contoh berikut "1. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu. 2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. adakah , klausa selepas kata kerja tersebut berfungsi sebagai objek?Untuk makluman tuan, objek yang terdiri daripada kata nama hadir selepas kata kerja aktif transitif untuk melengkapkan maksudnya.

Dalam ayat pertama, melakukan ialah kata kerja transitif yang menerima objek perbuatan itu bagi melengkapkan makna.
Tatabahasa24.09.2013
Salam Encik, saya ingin mengetahui Definisi Sebenar 'Luar Bandar' berpandukan definisi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sendiri. Terima Kasihdaerah yg jauh dr bandar, kampung, desa;Makna21.05.2009
12345

Kembali ke atas